Isnin, 3 Ogos 2009

SAHABAT

Seandainya alam ini mampu berkata-kata
Sudah pasti ia akan berbicara
Bahawa akulah orang yang bertuah
Mempunyai sahabat sepertimu

sahabat ....ku bersyukur kerana mengenali dirimu
Moga ikatan ukhwah yang dibina
tidak akan berakhir
ku harap semoga Allah sentiasa bersama kita
harungi segala mehna kehidupan suka dan duka
moga kejayaan milik kita
Ingatlah sahabat…
Bunga itu menguntum indah,
Menyeri dan mekar memerah,
Dipuji dengan berbagai-bagai madah,
Esoknya bunga itu gugur ke tanah,
Serpih demi serpih ia punah,
Tanpa daun dan kelopaknya musnah.
Ingatlah sahabat…
Bumi ini atu persinggahan yang penuh dengan cabaran
Penuh peluh, air mata dan mungkin darah,
Bila kita jejak tapaknya perlu punyai wadah,
Ikuti dibelakang ulama’ supaya tak goyah,
Bila dikatakan perjuangan itu amat susah,
Aku mengharap hanya keredhaan dari Allah.

Seperti yang kau tahu
Teman itu adakalanya seperti penawar…
Sumber kekuatan kita
Dan adakalanya,
Teman juga seperti racun…
Melemahkan kekuatan kita.


Tapi
Aku selalu berharap
Mendapat sahabat sejati
Yang tak luntur baik dalam suka atau duka
Yang tak hilang baik tika ku lemah ataupun bertenaga


Dan hari ini…
Aku mula mengerti
Sebenarnya masih ada yang setia
Yang sentiasa menyedarkanku dengan amaran-amaran Allah
yang sentiasa memujukku dengan tarbiah pencipta
yang sentiasa mengingatkanku dengan kehebatan syurga
dan sentiasa mendorongku menjadi dai’e mulia…

Senyumlah sahabat..
Senyumlah dan serilah wajah,
Walau pudar dan hambar datang tak sudah,
Belajarlah menjadi seorang mujahid,
Doaku agar kita berani seperti Hamzah,
Malah punyai semangat seperti Sumaiyah

Terima kasih
Kerana kaulah sahabat itu
Moga ukhwah kita untuk selamanya…

Memang sudah menjadi fitrah semulajadi manusia ingin berkawan dan bersahabat.
Sahabat sejati ialah yang sentiasa bantu membantu dalam mengerjakan kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan